Friday, October 1, 2010

Dah genap setahun rupanya


Sedar tak sedar, dah setahun saya berenti kerja. Maksudnya dah setahun la saya jadik usahawan. Ye la, orang meniaga ni mana boleh kira cuti ke tidak. Kalau Sabtu Ahad tu orang lain cuti,orang niaga ni kalau tak buat kerja, kena la plan untuk apa nak buat next week. Plan dan execute. Penting tu. Kalau plan je tapi tak execute, gelap lah…

So, looking back setahun yang lepas, macam-macam pengalaman baru yang saya tempoh. Best dan xbest semua dah campur aduk. Saya kira beruntung sebab:

  1. Saya beragama Islam. Semakin ligat otak saya fikir untuk cari bisnes, saya rasa semakin dekat saya dengan Allah. Untung tu!
  2. Saya ada kawan-kawan yang banyak support saya. Ada yang bagi pakai duit dulu, ada yang bagi duk opis, ada yang bagi job, ada yang tolong sama-sama buat job.
  3. Saya ada keluarga yang supportive. Mak saya mula-mula macam tak percaya saya nak berniaga. Sekarang ni nampak ok. Walaupun dia pun tak tau benda apa yang saya jual. Wife saya sentiasa ada di sisi saya. Bersedia untuk makan meggi dan biskut meri dengan saya. Anak-anak yang periang, yang menceriakan dan meng kelam kabutkan jadual saya tiap-tiap hari. hehe.

Itu yang saya ingat. Banyak lagi sebenarnya. Yang tak best ada gak:

  1. Tak ada lagi hamper masa raya.
  2. Kad raya jauh sekali.
  3. SMS raya ada 19 je. Itu pun ada kawan saya terbagi 2 kali. So, 18 lah.

Hehe..tak de la serius sangat kan?

Dalam tempoh setahun ni jugak, banyak adjustment yang saya kena buat dalam life. Antaranya:

  1. Keluar rumah pagi sebab kena hantar wife masuk keje kul 8. Lepas tu saya pun tak tau nak gi mana. Kawan-kawan start niaga kul 9. Huhuh. So kadang-kadang balik rumah makan biskut meri cecah milo sorang-sorang sambil layan channel 734.
  2. Kene displin tahap dewa dalam berbelanja. Bukan kedekut, tapi displin. Kadang-kadang orang tak paham beza antara kedekut dan displin.
  3. Bersedia untuk dapat surat-surat cinta dari bank, mental dan fizkal. Dulu masa saya kerja dulu, ada la buat pinjaman peribadi. Bayar, potong gaji terus. Bila dah tak kerja ni, kena bayar sendiri. Secara jujurnya, terbabas jugak kadang-kadang. Huuhu..Mental kena kuat bile tengok surat bank, fizkal kene kuat sebab nak kena kerja kuat nak bayar hutang bank. Boleh jadik harimau kuat saya camni!
  4. Communication skill saya pun dah banyak saya improve kan. Mungkin tidak lagi sampai tahap terbaik, tetapi saya cuba untuk memuaskan hati pelanggan dan supplier saya. Nak nego harga kena ada skill, nak nego job pun kena ada skill. Saya panggil Social Engineering.
  5. Saya lebih aware tentang makanan-makanan yang berkhasiat dan yang tak. Penting untung seorang usahawan menajga kesihatan. Tak guna kalau ada duit banyak tapi beraya kat spital. Walaupun saya rasa berat saya dah bertambah,sebab ramai orang cakap saya dah gemuk, tapi saya rasa best. Penting untuk owner badan cakap diri sendiri best. Heheh.
  6. Waktu petang, nak jemput wife saya pun kadang-kadang terbabas. Dia balik kul 5. petang. Pernah dengar orang niaga balik kul 5? 5 pagi ada la! So yang bab ni wife saya lak kene adjust. Biasa la..isteri seorang usahawan. :)

Ada orang tanya saya;

“Ko dah kaya lum?”. Saya jawab “Setakat ni kaya budi bahasa. Harta dunia on the way”

Kaya ni memang la subjektif. Susah nak define kaya tu kat mana. Kat sini saya share kan sedikit statistik untuk panduan anda:

  1. Secara jujur, paling tinggi income saya sebulan ialah RM15,000 bersih.
  2. Paling rendah, RM150 bersih sebulan.
  3. Paling lama tak dapat job adalah dalam 3 bulan nganga.
  4. Paling banyak dapat job ada la dalam 3 job sebulan.
  5. Paling lama tunggu payment, 3 bulan.
  6. Paling sikit duit dalam wallet, RM1.
  7. paling banyak dalam wallet RM650.
  8. Paling lama tak basuh keta adalah 2 bulan
  9. Paling rugi niaga ngan sorang amoi penipu nie, buat job kat Hang Tuah Jaya. Celako!
  10. Paling lama kena migrain, 7 hari berturut turut, pastu die bantai lak hidung berdarah. Pakej bulan ramadhan lak tu. Dugaan…

Brother Rithaudeen dari TrigPoint cakap, “Dik, bisnes ni kalau ekau boleh tahan 5 tahun kiro berjayo la tu. Sebelum tu nangis air mata darah la ekau”.

Tuan Haji Kamarul dari Jaticom cakap “Shufaad, 3 tahun aku nangis pikir apa nak bagi makan keluarga aku. Bukan main-main tau bisnes ni”

Kawan baik saya, Hj Yazid dari Anjung Tech cakap “Sekarang ni peringkat bertahan je. Ko bertahan la. Bisnes memang slow sekarang ni”

Alhamdullilah, saya dah lepas tahun pertama. Banyak lagi tahun yang bakal mendatang. Sikit pun saya tak pernah menyesal berenti kerja. Risau? Ye, risau gak. Risau bila tengok bil yang dah bertambah-tambah. Tapi berbalik kepada peranggan awal tadi…Saya beruntung sebab saya orang Islam. Saya yakin Allah telah sediakan rezki untuk saya. Yang saya kena buat, hanya cari, cari dan cari. Usaha dan berdoa kepada Allah semoga di permudah jalan untuk mendapat rezki, supaya rezki yang ada ni, walaupun sedikit, di berkati dan semoga di maafkan dosa sama ada yang nyata atau tidak.

Anda bila lagi?


credit to http://www.shufaad.com

No comments:

Post a Comment