Friday, October 1, 2010

Penjual Aiskrim Paddle Pop


Setiap kali gua dengar lagu paddle pop gua akan teringat kat motosikal roda tiga abang gua. Masyuk juga sebenarnya kerja jual aiskrim ni. Masa tu gua tingkatan 5, cuti raya kat kampung. Maka dengan selamba gua rembat motor abang gua pergi jual aiskrim. Masa tu kat Kelantan ada 2 bijik jer motor aiskrim paddle pop. Kira paddle pop aiskrim paling hapening la masa tu. Siap ada lagu. Aiskrim lain ada bunyi loceng jer…

Sebab budak-budak baru dapat duit raya, jualan gua kat area kampung sendiri dah cecah RM70. Masa tu harga aiskrim gua lagi mahal 10 sen daripada yang kedai Husin hujung kampung tu jual. Bila budak-budak tanya apsal mahal, dengan selamba kodok jer gua cakap nak cover duit minyak. Free delivery lah katakan. Macam gampang!

Sejam dua jam round kampung, gua dah tak larat. Gua hairan macam mana abang gua boleh loyal kerja jual aiskrim ni sampai sekarang. Dah 12 tahun tu. Mesti dia dapat untung kaw-kaw tuh. Sampai kat rumah gua bagi hasil jualan kat abang gua, kira punya kira, abang gua hulur RM30 kat gua. Gua happy macam Siti Nurhaliza tu gua yang punya. Mula la rasa nak joli.

Masa gua cerita gua pernah jadi penjual aiskrim, ADUN kat Kuala Lipis tu dah kagum. Satu-satunya orang yang kagum dengar cerita penjual aiskrim. Yerlah biasa dia tengok gua ni hensem jer, mana sangka gua pernah buat kerja-kerja rencam nih.. Apa ke nama ADUN tu.. ada tengku-tengku skit..

Buruh Kasar di Bengkel Mustafani

Habis SPM gua tak tahu nak buat apa. Abang gua yang buka bengkel repair kereta ajak gua join. Jadi tukang sapu sampah pagi-pagi, jadi tukang tukar spark plug dan minyak hitam. Jadi tukang hulur spanar dan screwdriver. Abang gua bagi RM10 sehari, tambah elaun makan pagi, dan sebuah kenderaan iaitu kapcai Honda C70 lampu bulat dengan plat DF1224.

Kerja gua pagi-pagi, singgah kedai kopi, sental nasi kerabu sebungkus dengan teh O secawan. Sampai bengkel, sapu sampah dan kemas apa yang patut. Bagi bengkel tu presentable sikit. Barulah awek tak rasa berdebar-debar nak singgah bengkel abang gua tu.

Adeh, gua sakit perut pulak. Nanti gua sambung lagi…

Kerja-kerja lain yang gua penah buat adalah:

  1. Jurutera Pelatih di Kilang Papan
  2. Buruh Kasar di Bengkel Che Daud
  3. Buruh Kasar Pasang Antena
  4. Jurutera Servis
  5. Pegawai Tadbir Kontrak
  6. PTD

Yosshhhh….


credit to Lelabu.com

Dah genap setahun rupanya


Sedar tak sedar, dah setahun saya berenti kerja. Maksudnya dah setahun la saya jadik usahawan. Ye la, orang meniaga ni mana boleh kira cuti ke tidak. Kalau Sabtu Ahad tu orang lain cuti,orang niaga ni kalau tak buat kerja, kena la plan untuk apa nak buat next week. Plan dan execute. Penting tu. Kalau plan je tapi tak execute, gelap lah…

So, looking back setahun yang lepas, macam-macam pengalaman baru yang saya tempoh. Best dan xbest semua dah campur aduk. Saya kira beruntung sebab:

  1. Saya beragama Islam. Semakin ligat otak saya fikir untuk cari bisnes, saya rasa semakin dekat saya dengan Allah. Untung tu!
  2. Saya ada kawan-kawan yang banyak support saya. Ada yang bagi pakai duit dulu, ada yang bagi duk opis, ada yang bagi job, ada yang tolong sama-sama buat job.
  3. Saya ada keluarga yang supportive. Mak saya mula-mula macam tak percaya saya nak berniaga. Sekarang ni nampak ok. Walaupun dia pun tak tau benda apa yang saya jual. Wife saya sentiasa ada di sisi saya. Bersedia untuk makan meggi dan biskut meri dengan saya. Anak-anak yang periang, yang menceriakan dan meng kelam kabutkan jadual saya tiap-tiap hari. hehe.

Itu yang saya ingat. Banyak lagi sebenarnya. Yang tak best ada gak:

  1. Tak ada lagi hamper masa raya.
  2. Kad raya jauh sekali.
  3. SMS raya ada 19 je. Itu pun ada kawan saya terbagi 2 kali. So, 18 lah.

Hehe..tak de la serius sangat kan?

Dalam tempoh setahun ni jugak, banyak adjustment yang saya kena buat dalam life. Antaranya:

  1. Keluar rumah pagi sebab kena hantar wife masuk keje kul 8. Lepas tu saya pun tak tau nak gi mana. Kawan-kawan start niaga kul 9. Huhuh. So kadang-kadang balik rumah makan biskut meri cecah milo sorang-sorang sambil layan channel 734.
  2. Kene displin tahap dewa dalam berbelanja. Bukan kedekut, tapi displin. Kadang-kadang orang tak paham beza antara kedekut dan displin.
  3. Bersedia untuk dapat surat-surat cinta dari bank, mental dan fizkal. Dulu masa saya kerja dulu, ada la buat pinjaman peribadi. Bayar, potong gaji terus. Bila dah tak kerja ni, kena bayar sendiri. Secara jujurnya, terbabas jugak kadang-kadang. Huuhu..Mental kena kuat bile tengok surat bank, fizkal kene kuat sebab nak kena kerja kuat nak bayar hutang bank. Boleh jadik harimau kuat saya camni!
  4. Communication skill saya pun dah banyak saya improve kan. Mungkin tidak lagi sampai tahap terbaik, tetapi saya cuba untuk memuaskan hati pelanggan dan supplier saya. Nak nego harga kena ada skill, nak nego job pun kena ada skill. Saya panggil Social Engineering.
  5. Saya lebih aware tentang makanan-makanan yang berkhasiat dan yang tak. Penting untung seorang usahawan menajga kesihatan. Tak guna kalau ada duit banyak tapi beraya kat spital. Walaupun saya rasa berat saya dah bertambah,sebab ramai orang cakap saya dah gemuk, tapi saya rasa best. Penting untuk owner badan cakap diri sendiri best. Heheh.
  6. Waktu petang, nak jemput wife saya pun kadang-kadang terbabas. Dia balik kul 5. petang. Pernah dengar orang niaga balik kul 5? 5 pagi ada la! So yang bab ni wife saya lak kene adjust. Biasa la..isteri seorang usahawan. :)

Ada orang tanya saya;

“Ko dah kaya lum?”. Saya jawab “Setakat ni kaya budi bahasa. Harta dunia on the way”

Kaya ni memang la subjektif. Susah nak define kaya tu kat mana. Kat sini saya share kan sedikit statistik untuk panduan anda:

  1. Secara jujur, paling tinggi income saya sebulan ialah RM15,000 bersih.
  2. Paling rendah, RM150 bersih sebulan.
  3. Paling lama tak dapat job adalah dalam 3 bulan nganga.
  4. Paling banyak dapat job ada la dalam 3 job sebulan.
  5. Paling lama tunggu payment, 3 bulan.
  6. Paling sikit duit dalam wallet, RM1.
  7. paling banyak dalam wallet RM650.
  8. Paling lama tak basuh keta adalah 2 bulan
  9. Paling rugi niaga ngan sorang amoi penipu nie, buat job kat Hang Tuah Jaya. Celako!
  10. Paling lama kena migrain, 7 hari berturut turut, pastu die bantai lak hidung berdarah. Pakej bulan ramadhan lak tu. Dugaan…

Brother Rithaudeen dari TrigPoint cakap, “Dik, bisnes ni kalau ekau boleh tahan 5 tahun kiro berjayo la tu. Sebelum tu nangis air mata darah la ekau”.

Tuan Haji Kamarul dari Jaticom cakap “Shufaad, 3 tahun aku nangis pikir apa nak bagi makan keluarga aku. Bukan main-main tau bisnes ni”

Kawan baik saya, Hj Yazid dari Anjung Tech cakap “Sekarang ni peringkat bertahan je. Ko bertahan la. Bisnes memang slow sekarang ni”

Alhamdullilah, saya dah lepas tahun pertama. Banyak lagi tahun yang bakal mendatang. Sikit pun saya tak pernah menyesal berenti kerja. Risau? Ye, risau gak. Risau bila tengok bil yang dah bertambah-tambah. Tapi berbalik kepada peranggan awal tadi…Saya beruntung sebab saya orang Islam. Saya yakin Allah telah sediakan rezki untuk saya. Yang saya kena buat, hanya cari, cari dan cari. Usaha dan berdoa kepada Allah semoga di permudah jalan untuk mendapat rezki, supaya rezki yang ada ni, walaupun sedikit, di berkati dan semoga di maafkan dosa sama ada yang nyata atau tidak.

Anda bila lagi?


credit to http://www.shufaad.com

makan gaji atau kerja sendiri

Fuhhhh, sedap betul nasik lemak makcik ni..! Aku ingat nak meniaga nasik lemak gak la...

“Zack, aku tengok kencang betul bisnes kau ni. Berapa untung sehari?”, tegur Usop. Zack sedang sibuk menutup gerai nasi lemak miliknya.

“Boleh la, purata sehari dalam RM500”, jawab Zack, ringkas.

“Wah, loaded kau ! Aku makan gaji ni sehari dalam RM100 je”, balas Usop. Kagum dengan pencapaian sahabatnya.

“Meniaga ni memang untung. Sebab tu aku tak suka makan gaji. Kerja kuat-kuat nak kayakan orang”, Zack berhujah.

“Aku ingat macam tu juga la, tapi nak bisnes apa Zack? Aku bukan reti pun meniaga ni”, Usop menyambung.

“Macam-macam boleh buat bisnes. Senang je, yang penting usaha”, Zack memberi semangat.

“Nantilah aku fikir, tengok dulu macam mana”, sahut Usop tawar. Zack hanya tersenyum.

Buat Pilihan Tepat

Saya yakin semua graduan di IPT berhadapan dengan dilema ini.

MAKAN GAJI atau KERJA SENDIRI ?

Nasihat saya mudah, kenali potensi diri anda dahulu sebelum membuat pilihan.

Jangan sesekali ikut orang lain. Saya tekankan sekali lagi JANGAN IKUT ORANG!

Anda jumpa sepupu buat gerai burger laris, anda nak jual burger.

Anda terserempak kawan lama jual insurans, anda pun nak turut serta.

Anda melihat pensyarah gah memberi kuliah, anda mahu sambung belajar. Jadi pensyarah.

Anda ternampak penternak lembu feedlot mengira duit, anda pun nak ‘berkawan’ dengan lembu juga!

Anda harus jadi DIRI SENDIRI. Lakukan pertimbangan sendiri, buat keputusan sendiri.

Pengalaman orang lain sangat berguna untuk anda membuat keputusan. Kesilapannya, anda memilih untuk menjadi orang tersebut. Anda hanya boleh menjadi diri anda sendiri, bukan orang lain.

Pertimbangan kerjaya anda bukan untuk memungut sebanyak mana wang yang boleh. Anda ingin mengejar wang, wang akan lari jauh dari anda.

Jika benar berniaga menguntungkan, kenapa masih ramai yang rugi?

Jika makan gaji itu mudah dan terjamin, kenapa pegawai kerajaanlah paling banyak overdebt (berhutang melebihi kemampuan) dan menerima rasuah? Tak cukupkah gaji mereka?

Satu sebabnya ialah, mereka tidak menjiwai kerjaya sendiri. Barangkali sekadar ikut-ikut atau terpaksa bekerja. Anda menempah sengsara andai memilih ‘jalan’ begitu.

Kerja Sendiri adalah Kerjaya Masa Depan?

200 tahun yang lampau, istilah ‘makan gaji’ tidak wujud. Ketika itu hanya upah yang diberi sebagai ganjaran sesuatu kerja. Habis kerja, dapat upah! Kerja tak habis, boleh blah!

Revolusi Industri dan kebangkitan ekonomi kapitalis di Barat telah mencetuskan peluang kerja yang sangat besar. Mereka memerlukan buruh tetap untuk ‘production’ di kilang-kilang. Sehinggalah golongan buruh ini menjadi ramai dan kesatuan buruh diwujudkan. Hak-hak golongan buruh diperjuangkan.

Ketika saya masih kecil, kerja makan gaji sangat eksklusif. Mereka sangat dihormati, terutama guru, doktor dan askar.

“Amboi Limah, ada orang meminang anak kau ke? Apa kejenya?”, soal Mak Eton.

“Ha’ah Eton, datang meminang Siti. Dari Kolumpo, kerja gomen..cikguuuuu”, sahut Mak Limah. Macam menjerit pun ada. Kalau boleh dia mahu satu kampung tahu dia bakal bermenantukan cikgu.

“Untungnya kau Limah, dapat menantu cikgu! Senang hidup si Siti tu nanti”, celah Mak Jah. Bukan senang nak bermenantukan cikgu. Menantunya semua sekadar kerja kampung, tak standard.

Haaa, mungkin dialog begitu sinonim waktu zaman Mak dan Ayah saya masih bujang. Makan gaji memang ‘super power’. Saham melambung-lambung bak tsunami!!

Itulah kemuncak hidup bagi kerjaya makan gaji.

Kini makan gaji sudah ‘makan hati’. Kenaikan gaji semakin kecil, manakala kos hidup semakin meningkat. Tinggal di KL dengan pendapatan isi rumah sekadar RM3000 boleh dianggap miskin! Tiada keistimewaan langsung.

Saya juga melihat trend melompat-lompat kerjaya bertambah popular. Beberapa rakan saya di Universiti, dalam masa 3 tahun sudah bertukar kerja di empat buah syarikat! Semakin ramai juga yang berhenti kerja dan membuka perniagaan sendiri. Jadi freelancer.

“Aku muak la makan gaji. Kena ‘perah’ sampai kering, tapi gaji nak naik pun susah”, alasan mereka.

Sehingga saya berasa sangat hairan memikirkan ‘orang dulu-dulu’ bagaimana mampu kekal di sebuah tempat kerja selama berpuluh tahun. Tak bosan ke?

Mungkinkah 20 tahun akan datang, makan gaji sudah tidak relevan lagi? Dunia bakal kembali kepada keadaan asalnya, kerana orang tidak mahu lagi makan gaji! Semuanya bekerja sendiri. Ekonomi kapitalis bakal runtuh.

Saya sendiri pun tak tahu. Apa sahaja boleh terjadi dalam dunia akhir zaman ini.

Jadi Bagaimana?

Situasi di atas adalah pandangan saya secara peribadi, masa akan menentukan kebenarannya.

Walau apa pun, pilihlah kerjaya yang sesuai dengan jiwa dan kemahiran yang anda miliki.

Sekiranya anda selesa dan bahagia dengan makan gaji, teruskan sahaja. Jika anda seronok menjalankan arahan boss, biasa bekerja di bawah pemerhatian, tidak kisah dengan birokrasi, kerjaya makan gaji memang sesuai dengan anda.

Jika anda payah mendengar arahan, pantang orang lain menegur kesilapan anda, mahu segala maklumat sampai segera ke telinga anda, saya pasti kecenderungan anda adalah bekerja sendiri. Anda pekerja dan anda juga boss!

Mencari kerjaya idaman adalah suatu proses yang panjang dan berterusan.

Mungkin ada yang berkata, “Kenapa tak buat dua-dua sekali? Makan gaji dan bisnes secara sambilan!”.

Boleh saja, kenapa tidak? Pilihan di tangan anda.

Pelajar-pelajar saya, fikir-fikirkan...

Wallahu a'lam.

credit to ahmadfuad.com